Monday 8 July 2013

A.W.A.S. Cirit-Birit Di Bulan Puasa

Esok umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan mulia Ramadhan. Pasti sahaja sudah terbayang bermacam jenis lauk-pauk, kuih-muih dan aneka air bakal menjadi santapan ketika berbuka. 
Berpuasa tidak harus dijadikan "tiket" untuk anda menjamu selera sepuasnya waktu berbuka. Jika tidak, anda akan berdepan beberapa masalah penghadaman yang lazim termasuk cirit-birit.

Biasanya, dalam kebanyakan kes, cirit-birit berlaku dan berlarutan dalam tempuh 2-3 hari. Namun ia juga bole berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian. Walaupun kebanyakan kes cirit-birit akan pulih dengan sendiri tanpa rawatan tetapi anda boleh mencegahnya dengan panduan di bawah.

PUNCA CIRIT-BIRIT
  • Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
  • Meminum air tercemar
  • Memakan makanan tidak dibersihkan dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti daging dan telur yang mentah atau kurang  dimasak.
  • Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, dan Escherichia coli (E.coli).
  • Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak.
  • Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh daripada makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Crypotosporidium.
  • Penyakit usus. Luka atau kesan melecet di antara dinding usus juga dapat menggalakan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn's dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab cirit-birit.
  • Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti.
  • Tidak balas terhadap ubat-ubatan, Antibiotik, ubat antikanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
  • Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.
S.I.M.P.T.O.N.
  • Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus.
  • Kehilangan banyak air dan najis yang tidak dicerna sepenuhnya.
  • Terasa kejang di bahagian perut, sakit menyengat di bahagian hulu hati (perasaan libang libu).
  • Flatulence (kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli daripada usus yang lebih busuk daripada kebiasan, dan kerap).
  • Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
  • Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalami kemuntahan.
LANGKAH PENCEGAHAN
  • Cuci tangan sebelum makan.
  • Gunakanlah Biozone Food Purifier sebelom masak segala bahan mentah. Makanan kini mengandungi terlalu banyak pembunuh senyap seperti racun serangga larut air dan larut lemak dalam buah-buahan dan sayur-sayuran; antibiotik dan bakteria dalam daging, ayam itik dan makanan laut. JADI, elakkan daripada makan buah-buahan , sayur-sayuran yang belum dibasuh, dikupas atau di purify.
  • Dengan menggunakan GARAM BULUH HAI-O COOKING SALT POWDER dapat menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus, menyelaraskan keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah dan meningkatkan daya pemulihan badan.
  • Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit-birit. 
  • Minum air daripada bekalan air bersih, dibotolkan atau air yang dimasak. Oleh itu, gunakanlah BIO AURA HI-TECH WATER SYSTEM, ia dapat membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air minuman secara optimum.

  • Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-birit boleh bertambah teruk.
Rose harap perkongsian pada hari ini dapat memberi manfaat pada para pembaca. 
Rose juga ingin mengucapkan Salam Ramadhan pada seluruh umat Islam disegenap dunia.
" Ramadhan mengajar kita bukan untuk berlapar, dahaga dan menahan nafsu semata-mata. Tapi ialah LEBIH untuk mengajar kita untuk ikhlas, sabar dan berkorban. Dan ketahuilah setiap cabaran kita lalui dengan pengorbanan, ikhlas dan sabar pasti ada ganjaran. Ramadhan dengan PERJUANGAN sangat dekat. Mari sama-sama kita berjuang dalam Ramadhan untuk kejayaan dunia akhirat!!!" 

Love, 
R.O.S.E.
012 3780825 l instagram@rosemaamor

*credit to nik hazirah nik daud dan cdm razali zain


No comments:

Post a Comment